29 October 2011

Ikhlas, A.K!

Baru beli novel ni hari Selasa. Hari tu memang perlu ketenangan. Ye. Baru perasan dah lama rasanya tak shopping. Jadi memandangkan ayah ada OT aku pun melencong sebentar ke key el chi chi. Terbuka minda kejap bila di sana. Tengok orang, tengok barang, tengok makanan dan tengok buku!...Singgah ke Kinokuniya..masuk..masuk. Baca sinopsis. Terus ke kaunter hahaha cepat kan?

Tak sia-sia ok.

Aku dan novel ada mood jugak. Kadang aku beli je tapi tak baca pun. Bila aku baca mukadimahnya saja sudah mengantuk mesti takat situ je lah aku baca lepas tu peram!

Tapi tidak kali ini. Aku terus baca dan baca. Sampaikan kat pejabat juga terbayang-bayang watak dalam novel ni hahahaha *angau*

Tanaman aku kat Sims Social pun aku tak endahkan..malam penuh dengan rasa cinta saja hahaha

Kalo nak tau serba sedikit pasal cerita ni sila ke blog penulis novel http://cintafinespun.blogspot.com/ kat blog ni belah kanan "cerita Kaseh" tapi kat situ tak sampai ending pun. Sekerat je. Klimaks semuanya ada dalam novel. Cepat gi cari. Pasti tak rugi hahahaha

btw........




I <3 you Adam Khalis :)



4 flying kiss:

Anonymous said...

nak pinjam bole??

eima_irmanina

kupaslaroren said...

boleh! nnt i bg ok...memula kte layan badai Semalam dulu :)

Anonymous said...

i dh baca, i suka dia punye fokus cite - playgirl vs stok budak masjid tp cara olahan cite tue i kureng sikit...skg ada pd sima, nk i kirim pd irene ker??btw, thanks..

eima_irmanina

kupaslaroren said...

i suka wataknya jek huhu.