Pejam celik dah nak masuk setahun aku di pejabat baru. Walaupun aku masih blur dengan kerja aku tapi bak kata pegawai aku ni dah tak dipanggil 'budak baru' jika di Audit Negara. Kat sana 3 bulan je kau dah kene bergerak sendiri huhu
Dalam hati "kau pegawai lainlah.." hahaha
Aku dah cuba untuk beri yang terbaik dalam kerjaya aku. Masa mula-mula keluar dari Putrajaya alasan utama adalah nak pengalaman baru.
Ye.
Aku dah dapat itu. Memang kerja sekarang jauh gila beza dengan kerja-kerja pentadbiran yang aku pernah buat selama 6 tahun.
Berubah 360 darjah uolss hahahahha
Tapi apakandayaku. Terpaksa ku tempuh cubaan dan dugaan yang diberi.
Aku sedang cuba..aku sedang pelajari..aku sedang cuba memahami.
November dan Disember adalah bulan senang lenang di pejabat. Dalam hati sentiasa berdetik
"Bersediakah aku untuk hadapi tahun 2012?"
Soalan tu masih tak mampu aku jawab. Kene hadapi baru tahu kot hahahaha.
0 flying kiss:
Post a Comment